Ekonomi bukanlah persoalan baru dalam Islam. Perancangan
dan aktiviti ekonomi telah berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi
Menteri Ekonomi pertama di Mesir. Baginda telah meletakkan asas Ilmu Ekonomi
dengan membuat satu perancangan rapi bagi memastikan negara mempunyai bekalan
yang mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan. Namun begitu kegiatan
ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan jual-beli sahaja di
pasaran yang mudah. Mulai abad kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai
kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum riba,
sistem harga, monopoli, percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan sebagainya.
Tulisan-tulisan ini membicarakan hukum hakam muamalat mengikut mazhab
masing-masing.Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah
Ibni Taymiyah (1262-1328 Masehi) dan Ibn Khaldun (1332-1406 Masehi). Ibn
Taimiyah yang berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan pandangannya mengenai
harga setara, pasaran sempurna, kawalan harga, monopoli, penyorokan dan
spekulasi. Manakala Ibn Khaldun pula, di dalam kitabnya yang terkenal, iaitu
Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh banyak perkara ekonomi seperti nilai, buruh,
sistem harga, hukum permintaan dan penawaran, penggunaan dan pengeluaran, wang,
modal, kewangan negara, dll. Beliau yang berasal dari Haramaut dan berpindah ke
Andalus merupakan tokoh ekonomi dengan pemikiran ekonomi yang penting yang
mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400 tahun.
Walau bagaimana
pun momentum pengembangan ilmu Ekonomi Islam ini mengalami kemerosotan bersama
dengan zaman kejatuhan empayar Islam yang berlaku disekitar kurun ke 13 Masehi.
Inilah zaman kegelapan Islam di mana masalah politik dan sosial di kalangan
umat Islam telah menjadi kucar-kacir sehingga membantutkan isnstitusi keilmuan.
Para ilmuan tidak mampu lagi mengkaji dan
berijtihad. Mereka hanya mampu bertaklid dan dengan rela hati menutup pintu
ijtihad. Ilmu Ekonomi Islam yang yang di asaskan oleh Ibn Taimiyah dan Ibn
Khaldun dan yang lain sebelum mereka tidak dikembangkan dan hanya tersimpan
dalam kitab-kitab kuning tanpa waris untuk menyambung usaha mereka.
Selepas
dari tempoh ini penumpuan ilmu beraleh ke Barat. Lahirlah tokokh ilmu ekonomi
Barat seperti Adam Smith (1723-1790), David Ricardo (1772-1823), J.S. Mills
(1806-1873), Irving Fisher (1867-1947), John Maynard Keynes (1883-1946), dan
lain-lain. Cendikiawan dari negara Islam pula menghala ke Barat untuk menuntut
ilmu yang kemudiannya diterapkan amalannya di negara masing-masing. Zaman
kejatuhan kegemilangan Islam juga berganti dengan zaman penjajahan kuasa Barat
ke atas negara-negara Islam. Maka dengan strategi serampang dua mata ini, iaitu
melalui penjajahan politik dan penjajahan ilmu, boleh dikatakan kesemua negara
Islam kini mengamalkan sistem pemerintahan dan sistem ekonomi Barat yang
dikatakan sekular itu.
Natijah
daripada sejarah pengembangan ilmu yang yang tebantut itu, persoalan yang
mendepani kita ialah apa dia dan di mana dia Ekonomi Islam? Adakah sistem
ekonomi Barat sesuai di amalkan oleh umat, negara dan masyarakat Islam dengan
pengubahsuaian yang sewajarnya (proses Islamisasi)? Atau, adakah Ekonomi Islam
itu merupakan satu bidang ilmu yang sama-sekali berlainan dari Ekonomi Barat
sehinggakan tidak mungkin ianya diubahsuai daripada acuan ekonomi konvensional?
Pendekatan kedua ini kurang praktikal kerana adanya tempoh beku dalam ilmu
ekonomi Islam selepas zaman Ibn Khaldun. Pendekatan pertama lebih mudah dan
lebih praktikal memandang kepada kemantapan dari segi teori dan amalan ekonomi
konvensional. Para ilmuan Islam boleh
menggunakan ekonomi konvensional sebagai titik tolak dan membuat penyaringan
untuk mengambil perkara yang dibenarkan Islam, mengubahsuai perkara yang tidak
sesuai dan menolak yang jelas tidak dibenarkan.
PERSPEKTIF
EKONOMI ISLAM: BEBERAPA ISU
Teori
Penggunaan
Apabila
membicarakan mengenai ilmu ekonomi kita sebenarnya membicarakan gelagat manusia
untuk memenuhi keinginannya yang tiada berbatas dengan menggunakan sumbernya
yang terbatas. Manusia (atau pengguna) kemudiannya dikembangkan pula kepada
entiti yang lebih luas, iaitu firma dan kerajaan. Inilah definisi asas Ilmu
Ekonomi. Ekonomi Islam pula boleh diberi definisi berikut: Satu bidang ilmu
yang mengkaji gelagat pengguna yang mempunyai keinginan yang tidak terhad
menggunakan sumbernya yang terhad bagi mendapatkan pahala yang maksimum
(kebahagian di dunia dan akhirat).
Apabila
kita membuat perbandingan di antara dua definisi di atas, kita dapati bahawa
Islam mengutamakan pahala maksimum bukannya kepuasan maksimum. Disamping itu
Islam juga percaya bahawa setiap manusia itu diperuntukkan rezkinya oleh Tuhan.
Saya berpendapat definisi konvensional lebih mudah kerana kita memahami proses
yang berlaku bagi seorang pengguna dalam memuaskan kehendaknya. Kita juga boleh
memodelkan apa yang dimaksudkan dengan ”penggunaan” yang membawa kepada
pencapaian ”kepuasan” atau dalam bahasa ekonomi disebut ”utiliti”. Model ini
merupakan asas kepada teori permintaan dalam ilmu ekonomi konvensional.
Ekonomi
Islam pula menyebut objektif penggunaan sebagai mencapai pahala maksimum (atau
untuk mencpai kebahagiaan di dunia dan di akhirat). Dalam hal ini pahala adalah
urusan Tuhan yang merupakan fungsi kepada beberapa variable lain yang abstrak
seperti keikhlasan, niat, situasi, dan lain-lain. Bagaimanakah objektif
penggunaan ini hendak dimodelkan sehingga ia boleh membawa kepada teori
permintaan? Walaupun ada percubaan untuk memodelkan fungsi permintaan Islam ini
tetapi sehingga kini belum diterima dengan meluas.
Teori
Pengeluaran
Unsur
yang paling penting dalam menetukan teori penawaran ialah hasrat manusia untuk
mendapat untung yang maksimum. Oleh itu firma akan menjalankan segala usahanya
untuk mencapai jumlah hasil yang maksimum dengan kos yang minimum. Objektif
memaksimumkan untung ini merupakan idea ciptaan Adam Smith dalam bukunya The
Wealth of Nations yang diterbitkan dalam tahun 1776. Beliau mengutarakan
pandangan bahawa setiap manusia didorong oleh ”suatu tangan yang tidak
kelihatan” untuk melakukan sesuatu perkerjaan yang pada zahirnya nampak mulia,
tetapi sebenarnya orang itu melakukannya untuk mendapat untung bagi dirinya
sendiri. Pengusaha kilang kasut, contohnya, bukanlah berniat untuk menyediakan
pakaian kepada orang ramai, tetapi beliau membuat kasut demi mencari keuntungan
untuk dirinya sendiri.
Lihat
petikan di bawah daripada ”The Wealth Of Nations”:
…every
individual necessarily labours to render the annual revenue of the society as
great as he can. He generally, indeed, neither intends to promote the public
interest, nor knows how much he is promoting it. By preferring the support of
domestic to that of foreign industry, he intends only his own security; and by
directing that industry in such a manner as its produce may be of the greatest
value, he intends only his own gain, and he is in this, as in many other cases,
led by an invisible
hand to
promote an end which was no part of his intention. Nor is it always the worse
for the society that it was no part of it. By pursuing his own interest he
frequently promotes that of the society more effectually than when he really
intends to promote it. I have never known much good done by those who affected
to trade for the public good.
Ramai
para ilmuan Ekonomi Islam mempertikai objektif memaksimumkan untung ini dengan
menekankan bahawa ianya bercanggah dengan Islam. Objektif ini digambarkan
sebagai sesuatu yang tidak bermoral, malah boleh membawa kepada amalan kegiatan
haram seperti penindasan, riba, penipuan dan sebagainya. Pengeluar Islam boleh
menjadikan keuntungan yang berpatutan sebagai objektifnya, tetapi harus juga
mengambil kira aktiviti ekonomi sebagai suatu ibadat yang harus disertai dengan
niat yang ikhlas. Selain dari itu pengeluar Islam juga harus memenuhi tuntutan
fardhu kifayah dan mematuhi prinsip-prinsip syariah seperti, keadilan, khidmat
masyarakat, keuntungan yang sederhana, dan sebagainya. Dapat dilihat bahawa
ruanggerak pengeluar Islam mempunyai batasan-batasan yang lebih berbanding
dengan kawannya yang konvensional. Adakah kekangan yang banyak ini menjejaskan
kemampuan pengeluar Islam untuk bersaing dengan rakannya yang konvensional?
Dari
segi teori, Metwally (1989) telah memasukkan factor zakat dalam analisis keluk
hasil dan kos dan mendapati titik keseimbangan pengeluar Islam adalah lebih
tinggi berbanding pengeluar konvensional. Ini bermakna jika pengeluar Islam
sememangnya mematuhi kehendak Islam maka kesejahteraan yang dicapai oleh
masyarakat Islam seharusnya lebih baik daripada masyarakat bukan Islam. Namun
begitu kita harus ingat bahawa kebagusan sesuatu teori harus dilandaskan keatas
amalan yang berfaedah. Dan ini memerlukan kajian empirikal yang khusus dan
teliti.
Faktor
Pengeluaran
Dalam
bidang agihan pendapatan Ekonomi Islam menggariskan adanya pulangan kepada
faktor pengeluaran dan juga ada habuan untuk bukan faktor. Ekonomi Islam hanya
mengiktiraf tiga faktor pengeluaran iaitu, Manusia, Tanah dan Pengusaha. Ini
berbeza daripada Ekonomi konvensional yang menyatakan ada empat faktor
pengeluaran, iaitu Boroh, Tanah, Modal dan Pengusaha (ada juga penulis yang
menjadikan Teknologi sebagai faktor pengeluaran kelima). Walaupun terdapat tiga
faktor yang bersamaan, namun terdapat perbezaan yang ketara mengenai pendekatan
Ekonomi Konvensional dan Ekonomi Islam terhadap faktor-faktor ini.
Tanah
merangkumi segala kekayaan dan khazanah yang terdapat di bumi laut dan udara.
Ini adalah anugerah Tuhan kepada manusia. Ekonomi konvensional hanya menyebut
manusia harus mengambil kekayaan bumi ini dan menggunakannya atau memprosesnya
untuk menjadikan barang penggunaan selagi mana ada permintaan untuknya. Islam
juga menggalakkan manusia menikmati kekayaan ini, tetapi ada batasan dan
syaratnya, seperti tidak merosakkan alam, tidak mengeluarkan barang haram, dan
sebagainya. Mengenai faktor Tanah, nampaknya tiada perbezaan yang ketara di
antara ekonomi konvensional dan ekonomi Islam.
Bagi
faktor Modal dan Pengusaha, terdapat perbezaan yang penting di antara
pendekatan ekonomi konvensional dan ekonomi Islam yang mempunyai implikasi yang
besar. Mengenai Modal, Islam tidak tidak mengiktiraf modal pinjaman sebagai
faktor pengeluaran tetapi hanya mengiktiraf modal ekuiti, manakala ekonomi
Islam mengiktiraf hutang dan ekuiti sebagai sumber modal yang penting. Malah
terdapat teori gelagat firma yang agak mantap mengenai campuran modal, iaitu
adanya campuran yang optimum di antara hutang dan ekuiti. Disebabkan ilmuan
ekonomi Islam kini sudah sependapat bahawa faedah keatas pinjaman adalah riba,
maka perbincangan mengenai campuran modal dalam perniagaan Islam tidak releven
kerana kesemua pembiayaan firma adalah melalui ekuiti. Adakah ini meletakkan
firma Islam dalam keadaan kurang berdaya saing kerana pada teorinya, kos modal
ekuiti adalah lebih tinggi daripada kos hutang.
Seperkara
yang perlu diberi perhatian oleh ilmuan ekonomi Islam ialah amalan
menyamatarafkan Modal Ekuiti dan Pengusaha (tanpa modal) dalam tuntutan ke atas
keuntungan firma. Prinsip inilah yang mendasari amalan mudarabah oleh perbankan
Islam di mana bank akan menyediakan wang modal dan Pengusaha akan menyumbangkan
usaha dan kemahiran pengurusanya. Kedua-dua pihak akan berkongsi keuntungan
yang terhasil, manakala kerugian sepenuhnya ditanggung oleh bank. Ini berbeza
daripada ekonomi konvensional yang mengiktiraf penyumbang modal ekuiti sebagai
pemilik firma manakala Pengusaha tanpa modal sebagai pekerja.
Persoalannya
di sini ialah model mudarabah dalam pembiayaan firma telah menemui kegagalan.
Ini telah dibuktikan daripada data-data sejarah perbankan Islam di Malaysia dan
di negara lain. Kegagalan ini mudah diterangkan: Pengusaha (Islam atau bukan
Islam) akan cenderung untuk menggunakan pembiayan mudarabah untuk projek
berisiko tinggi, dan menggunakan pembiayaan konvensional untuk projek berisiko
rendah.[3]
Ekonomi
Tanpa Faedah
Pada
hari ini nampaknya ilmuan Islam tidak lagi membincangkan status halal atau
haramnya faedah bank, sebaliknya telah sepakat menerima bahawa faedah bank
adalah riba dan ianya haram dalam Islam.[4] Namun begitu amalan ekonomi berasas
faedah begitu meluas dan merangkumi sistem ekonomi yang menyentuh individu,
firma dan juga kerajaan. Serentak dengan pengharaman faedah, maka banyak aspek
ilmu ekonomi perlu ditulis semula. Ini termasuklah konsep nilai masa wang,
mekanisma hutang untuk individu firma dan kerajaan, operasi bank pusat, dan
sebagainya.
Sebagai
contoh, kadar faedah digunakan sebagai sendi untuk menerangkan gelagat manusia
mengagihkan pendapatan dan perbelanjaan mengikut masa. Kadar faedah juga amat
penting dalam analisis pelaburan, untuk mendapatkan nilai kini dan nilai
hadapan pelaburan dan membuat perancangan pelaburan. Kadar faedah adalah
penentu asas kepada kadar diskaun dan kadar kompaun dalam pengiraan nilai masa
wang ini. Apakah kadar yang hendak digunakan jika faedah dikeluarkan daripada
kamus ekonomi kewangan Islam?
Satu
lagi implikasi penting ialah penghapusan pasaran bon. Pasaran bon digunakan
dengan meluas oleh korporat dan kerajaan untuk mendapatkan dana bagi membiayai projek-peojek
pelaburan. Firma yang ingin menambah modal atau membiayai projek pelaburan
tiada pilihan melainkan menerbitkan ekuiti tambahan. Ini semestinya merupakan
kekangan terhadap operasi firma. Kerajaan juga tidak lagi dapat menerbitkan bon
kerjaan bagi membiayai projek pembangunan. Jika negara mengamalkan belanjawan
kurangan, sumber kewangan yang terbuka adalah pencetakan wang tambahan dan
ekuiti (Habibi 1987). Tapi apakah dia ekuiti kerajaan itu, dan apakah tarikan
pelabur untuk melanggannya?
Bank pusat
menggunakan mekanisma operasi pasaran terbuka untuk mengawal penawaran wang
dalam ekonomi. Penghapusan faedah bermakna Bank Pusat perlu mendapatkan
alternatif lain. Dalam hubungi ini para ilmuan Islam telah mengutarakan
berbagai pilihan untuk kerajaan mengamalkannya. Berbagai pandangan telah
diutarakan, terutama oleh Siddqi (1970), Iqbal dan Khan (1981) dan Chapra
(1985). Di antara mekanisma yang dicadangkan termasuklah Nisbah Pembiayan
Semula, Nisbah Perkongsian Untung, Nisbah Rizab dan Sijil Simpanan Pusat.
Di
Malaysia usaha memartabatkan perbankan Islam menunjukkan kejayaan yang terhad.
Ia dimulai dengan penggubalan Akta Perbankan Islam 1983 yang menubuhkan bank
Islam hinggalah kepada beberapa pindaan akta-akta berkaitan bagi membolehkan
bank-bank konvensional turut membuka kaunter yang menawarkan perkhidmatan
perbankan dan kewangan Islam. Di samping itu, pelbagai infrastruktur dan
prasarana sokongan kepada industri perbankan Islam turut diperkenalkan seperti
penubuhan syarikat takaful dan mewujudkan pasaran modal Islam. Hingga kini
terdapat 30 institusi kewangan dan perbankan menawarkan produk dan perkhidmatan
berasaskan syariat Islam. Malangnya jika diukur daripada jumlah keseluruhan
penguasaan pasaran perbankan, industri perbankan Islam hanya menguasai sekitar
12 peratus daripada keseluruhan pasaran dana perbankan (Laporan Tahunan Bank
Negara 2005).
Kertas
ini tidak bertujuan untuk mengupas secara menyeluruh isu mengenai perspektif
dan cabaran ekonomi Islam. Objektif kertas ini hanyalah memberi beberapa
pandangan mengenai beberap isu yang mendasari ekonomi Islam. Persoalan pokok
yang hendak diutarakan ialah sama ada ilmu ekonomi Islam pada hari ini mampu
menyediakan satu alternatif yang lebih baik dari ekonomi konvensional. Jawapan
yang didapati adalah tidak menyakinkan. Setakat ini ekonomi Islam masih ditahap
pengkajian dan percubaan. Ini merangkumi keseluruhan kerangka ilmu ekonomi
daripada ekonomi mikro kepada ekonomi makro, daripada teori utiliti kepada
teori ekonomi pembangunan dan kebajikan.
Terdapat
banyak cabaran yang harus dilalui oleh para cendikiawan Islam untuk
mengembangkan dan memantapkan ilmu ekonomi Islam. Setelah menjadi mantap ia
harus pula diyakinkan kepada penggunanya, iaitu individu, negara dan masyarakat
Islam. Cabaran yang amat nyata di sini ialah ekonomi konvensional itu sendiri
telah berakar umbi dikalangan individu dan negara, Islam dan bukan Islam, dan
diamalkan secara meluas dan menyeluruh, walaupun terdapat beberapa kelemahan
dalam perlaksanaannya. Islamisasi yang menyeluruh hendaklah dilakukan ke
atasnya.
Satu
contohnya yang khusus ialah mengenai perbankan Islam. Kajian empirikal mengenai
prestasi perbankan Islam di Malaysia dan negara lain yang mengamalkan dwi
sistem mendapati produk perbankan Islam mempunyai tahap kecekapan yang kurang
berbanding dengan produk perbankan konvensional. Model mudarabah dalam
pembiayaan perniagaan adalah satu kegagalan tetapi penulisan mengenai perbankan
Islam masih menekankan ianya adalah sesuatu yang baik. Para
penyokongnya mengatakan kelemahan adalah pada perlaksanaan bukan pada modelnya.
Apa baiknya sesuatu model jika tidak dapat diamalkan?
Seperkara
yang perlu diberi pertimbangan ialah perlunya gabungan para ilmuan dua bidang,
iaitu ekonomi konvensional dan ekonomi syariah. Ini adalah perlu kerana bidang
pengajian dewasa ini amat menekankan pengkhususan sehingga seseorang itu
menjadi pakar dalam bidang yang amat kecil skopnya. Mana-mana satu golongan
secara bersendirian amat sukar untuk menghasilkan model ekonomi Islam yang
tahan diuji apabila berhadapan dengan ekonomi konvensional.
Sistem kapitalis yang saat ini banyak dipergunakan telah
menunjukkan kegagalan dengan mengakibatkan terjadinya krisis ekonomi. Sistem
ekonomi Islam sebagai pilihan alternatif mulai digali untuk diterapkan sebagai
sistem perekonomian yang baru.Bagaimanakah sistem ekonomi
Islam itu? Sistem ekonomi Islam mempunyai perbedaan yang mendasar dengan sistem
ekonomi yang lain, dimana dalam sistem ekonomi Islam terdapat nilai moral dan
nilai ibadah dalam setiap kegiatannya.
Prinsip ekonom iIslamadalah:
ü
Kebebasanindividu.Hak
terhadap harta.
ü
Ketidaksamaan
ekonomi dalam batasan.
ü
Kesamaan sosial.
ü
Keselamatan sosial.
ü Larangan menumpuk kekayaan.
ü
Larangan terhadap
institusi anti-sosial.
ü
Kebajikan individu
dalam masyarakat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar